Ketertiban Hidup

June 18, 2009 by muhdazam4

Bila dipandang kehidupan ini , disedari bahawa di sana ada peraturan , ada ketertiban yang perlu dipatuhi . Ada undang-undang universal disebalik semua ini . Jadi apakah ia? Adakah ia satu kemestian atau keharusan semata ?
Maka jelaslah jika kita merenung jauh ke dalam diri , menusuri lembah-lembah kehijauan mahupun gurun kehidupan yang gersang ini, maka akan terjawablah semua persoalan itu . Persoalan yang didasari dengan hujah iman dan takwa ; bukan hujah nafsu , hujah syaiton yang direjam! Semata-mata ia datang dari hati nurani yang jernih ; yang bening limpah kurniaan Ilahi .
Ranjau kehidupan perlu didasari ketertiban Ilahi . Kalau tidak , kacau-bilau kehidupan kita . Ketertiban Hidup mesti didasari Rukun Iman dan Islam agar beroleh kebahagiaan dunia mahupun akhirat.
Maka fahamlah kita , bahawa hidup ini bukan sia-sia , mainan semata , bukan kebetulan membuta-tuli!!! Ia sebuah lukisan kehidupan . Ya Benar : Ia lukisan hidup , lukisan sejarah hidup kita sebagai manusia yang telah ditentukan oleh tinta-Nya yang tertulis di Lauh Mahfuz. Orang Beriman semua percaya suratan ini. Itulah kehidupan kita yang sebenar yang telah ditentukan oleh Allah Taala . Kehidupan kita penuh liku-liku dan ranjau onak duri kerana apa? Kerana ia Sunnah Ilahi . Itulah ketertiban Hidup Insan yang bernama manusia . Ada yang beriman ada yan tidak.
Percaya atau tidak , sedar atau tidak ; semuanya tidak mengubah ketertiban hidup kita yang ditentukan oleh Ilahi .
Maka seharusnya kita sebagai insan yang beriman , patuhilah ajaran agama kita ,agama Islam agar hidup kita teratur , tenang ,tertib dan cantik. Amin , Ya Robbal Alamin.